Hidup ini hanyalah sementara. Sungguh , mati itu pasti, hidup cuma insya Allah. Siapa juga anda,di manapun anda berada, jangan segan-segan untuk singgah.Ilmu akan berkembang dengan adanya perkongsian, saling menegur ke arah kebaikan. Semoga kita semua sukses dunia dan akhirat . Terima Kasih dan Salam Sahabat Semua...
Khamis, 28 Mac 2013
Khamis, 24 Januari 2013
Untuk Apa Sebenarnya?
Alhamdulillah...Pagi tadi sebelum ke pasar Tawau, saya sempat melihat perarakan Sempena Maulidur Rasul dari MPT ke Dewan Masyarakat Tawau. Saya sangat menghormati kesanggupan mereka berjalan kaki yang pada pendapat saya agak jauh juga jaraknya.
Walau bagaimanapun saya juga sedih kerana ramai peserta lebih sibuk bercakap sesama mereka daripada berselawat, sambil melambaikan tangan ibarat peserta sukan Olimpik pula. Mungkin apa yang saya sempat tengok tu hanya berlaku di tempat kami parking sahaja dan bukan sepanjang jalan .
Banyak juga insiden berlaku di mana peserta perarakan susah berjalan kerana berarak dengan kasut bertumit tinggi sehingga ada yang sanggup membuka stokin kaki di khalayak ramai kerana kesulitan berjalan. Ada juga kejadian di mana peserta perarakan melarikan diri dari rombongan yang sedang bergerak.
Apa yang menjadi persoalan saya ialah apakah sebenarnya tujuan mengikuti perarakan Maulidur Rasul itu jika melakukan hal-hal yang saya sebutkan di atas? Perlukah pihak tertentu menganjurkan program seumpama ini kalau sesorang itu mengikuti perarakan ini hanya kerana slogan " Saya Yang Menurut Perintah "?
Tujuan sebenar saya menulis entri sebegini adalah untuk muhasabah diri sendiri . Kadang-kadang kita melakukan sesuatu atas arahan sesorang yang mempunyai kuasa semata-mata. Kita tidak memikirkan apakah akibatnya untuk diri sendiri. Kerap kali juga kita mengikut sesuatu anjuran itu bukanlah dengan niat yang betul. Sekadar untuk menunjukkan yang kita boleh melaksanakan arahan sahaja.
Semoga kita dapat mengambil iktibar dari kejadian ini. Semoga kita mendapat pahala daripada apa yang kita lakukan.

Langgan:
Catatan (Atom)