Jumaat, 13 April 2012

UB CAMPING 2012

Yang ditunggu tiba juga akhirnya....
Unit Ko-kurikulum khususnya Unit Beruniform, akhirnya dapat menjalankan program perkhemahan pada tahun ini (2012). Berlangsung selama 3 hari 2 malam di halaman Sekolah Kebangsaan Batu Payong, Tawau Sabah.

Kelihatan wajah-wajah peserta perkhemahan  yang sungguh ceria dan penuh semangat di sana -sini.  Walaupun, ada  beberapa hari  lagi sebelum program sebenar dijalankan tetapi bahangnya sudah boleh dirasai.

Aksi-aksi persiapan aktiviti perkhemahan pada hari pertama........



















'Camping Oh Camping

Sudah genap 2 tahun sekolah saya tidak mengadakan sebarang perkhemahan di peringkat sekolah. Dua tahun juga saya asyik ditanya  murid bila lagi perkhemahan akan diadakan. Macamlah saya penyelaras UB sekolah...hahaha ...
Alhamdulillah, tahun ini (2012) akhirnya rancangan perkhemahan  unit beruniform telahpun mula dijalankan . Ianya bermula petang semalam 13hb April, 2012  ( 03:30 ptg Jumaat ) sehingga 15hb April 2012 ( 10:00 pagi  Ahad )

Perkhemahan adalah satu program paling mengujakan bagi kebanyakan murid yang aktif dalam bidang ko-kurikulum yang melibatkan Unit Beruniform. Apa tidaknya, mereka boleh ikut serta dalam pelbagai aktiviti yang dirancang khas bagi mereka.

Murid paling seronok apabila ada aktiviti 'Kembara' atau pada malam kemuncak UB yang disebut 'Malam Unggun Api'...Sebagai guru saya juga turut telibat dalam program UB pada tahun 2010 di SK. Batu Payong, Tawau Sabah. Padat dengan aktiviti tapi berbaloi kerana ianya sangat menyeronokkan.

Berikut adalah sorotan gambar UB 2010 yang lalu...



























                                                       

Selasa, 27 Mac 2012

Kembali  Kini  !!!





Assalamualaikum.... 


Apa khabar anda hari ini? Mudah-mudahan sihat hendaknya.Setelah begitu lama, hari ini  dengan penuh semangat saya memulakan sekali lagi penulisan blog saya yang begitu lama terbengkalai.  Terus-terang saya gembira apabila  saya buka blog saya, saya dapati saya sudah ada 2 orang 'follower' walaupun blog ini langsung tidak aktif! Terima kasih atas sokongan anda...ianya sedikit sebanyak menaikkan motivasi saya untuk meneruskan apa yang telah saya mulakan.


Mungkin ada di antara anda yang ingin tahu kenapalah  saya memulakan blog ini kemudian menyepi begitu lama. Hrmmm...sebabnya saya amat sukakan seni fotografi.Disebabkan terlalu suka maka saya akhirnya mengambil keputusan membina blog ini. Tambahan pula saya juga mempunyai tabiat suka  menulis perkara yang kadang-kadang saya fikir menarik untuk dikongsi.. 


Saya harap dengan adanya blog ini, saya dapat berkongsi hasil karya seni foto  saya yang tidak seberapa. Malangnya selepas blog ini saya mulakan pada penghujung tahun 2010, blog ini gagal saya kemaskini sehinggalah datang 'angin' hari ini. 


Banyak hal telah berlaku pada tahun 2011. Selain tak tahu dunia blog yang sebenarnya. Saya juga agak sibuk menyesuaikan diri dengan pengajian saya di OUM dalam pengkhususan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Sekolah Rendah . 


Mudah-mudahan  blog ini dapat diteruskan dengan lancar selepas ini ...Terima kasih kepada sahabat-sahabat yang membantu dari segi ilmu bagi proses pengemaskinian blog ini...


Salam sahabat dari saya....